Israel mula roboh kediaman Palestin

posted by Admin on 01 Jan 1970

SUR BAHER: Israel mula memusnahkan beberapa rumah penduduk Palestin yang dianggap dibina secara haram di selatan Baitulmaqdis awal hari ini, dalam tindakan yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Puluhan polis dan tentera Israel mengepung sekurang-kurangnya empat bangunan di kawasan Sur Baher yang berhampiran dengan sekatan keselamatan Israel.

Jengkaut kemudian mula memusnahkan bangunan dua tingkat yang baru separuh dibina.

Wartawan dilarang memasuki kawasan itu manakala penduduk dan aktivis diheret keluar dari rumah mereka.

Seorang lelaki menjerit “Saya mahu mati di sini!”, selepas dihalau keluar.

Bangunan berkenaan terletak dengan halangan pemisah Israel yang memutuskan Tebing Barat dan wilayah Yahudi yang dikatakan mereka dibina terlalu dekat dengan tembok itu.

Penduduk Palestin menuduh rejim Zionis menggunakan alasan keselamatan untuk memaksa mereka keluar dari kawasan itu sebagai sebahagian usaha meluaskan penempatan dan jalan raya menghubungkan wilayah berkenaan. — AFP